TokPa
TokPa Letter

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI MALAYSIA

Keunggulan sesebuah negara secara amnya diukur berlandaskan kekuatan ekonomi dan taraf hidup masyarakatnya. Samalah juga halnya dengan Malaysia. Ekonomi negara kita terus berkembang hasil sumbangan dari pelbagai sektor ekonomi, termasuklah automotif. Menyedari potensi yang ada potensi yang ada pada industri automotif, Kerajaan akan melipatgandakan usaha bagi membangunkan serta mengukuhkan lagi industri ini.

Dalam konteks ASEAN, industri automotif Malaysia masih lagi di belakang berbanding negara jiran seperti Thailand dan Indonesia. Justeru, kita harus bertindak pantas dalam usaha membangunkan industri ini, apatah lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang kian berubah dan semakin mencabar.

AUTOFEST Kuala Lumpur 2016 dilihat sebagai satu platform yang tepat dalam memperkasakan industri automotif tempatan. Pameran berskala besar sebegini merupakan strategi pemasaran yang paling mapan untuk merancakkan lagi pasaran tempatan seterusnya meninggalkan keyakinan yang tinggi kepada para pengeluar bahawa industri automotif masih relevan dan mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dengan ini mengalu-alukan penglibatan daripada semua pihak bagi menjayakan perlaksanaan AUTOFEST Kuala Lumpur 2016 anjuran Red Jacket Events Sdn. Bhd. Kerajaan akan terus komited dalam menyokong inisiatif anjuran sektor swasta yang berkongsi hala tuju yang sama dalam mengukuhkan lagi industri automotif negara.

Akhir kata, saya mendoakan agar AUTOFEST Kuala Lumpur 2016 berjalan dengan lancar dan dapat meninggalkan impak yang positif buat semua pihak yang terlibat khususnya dalam memancu industri automotif Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Sekian, terima kasih.