member_1_large
AUTOFEST - Kata Pengantar

PRESIDEN PEKEMA

AUTOFEST Kuala Lumpur 2016, sebuah pameran kenderaan import terpakai yang pertama kali dilaksanakan di Malaysia bagi mengembalikan kekukuhan industri automotif negara pada tahap global. Ia membina pergerakan yang positif demi pembangunan ekonomi yang berkesan. PEKEMA sentiasa komited dalam menjalankan misi kami untuk menyatukan para pengimport, penjual, pengoperasi kenderaan, samaada baru atau terpakai yang tidak putus-putus menjalankan usaha-usaha untuk menyumbang kepada pendapatan negara.

PEKEMA menyokong penuh AUTOFEST Kuala Lumpur 2016 kerana kami percaya bahawa ia akan menjadi platform yang terbaik kepada para rakan seperjuangan kami untuk meningkatkan kadar jualan kenderaan mereka. Kami percaya bahawa pameran sebegini dapat menghimpunkan semua pemegang import permit kenderaan terpakai serta penjual kenderaan dan barangan automotif untuk mengembalikan kemeraihan industri automotif yang sebelum ini semakin merosot.

PEKEMA amat menggalakkan penglibatan aktif serta komitmen penuh daripada para pemengang permit import kenderaan terpakai untuk menyertai pameran AUTOFEST Kuala Lumpur 2016 bagi membantu pembangunan industri automotif yang lebih progresif. Bersama-sama kita berganding bahu untuk memastikan kejayaan AUTOFEST Kuala Lumpur 2016 yang diharapkan dapat meningkatkan prestasi industri automotif.